Pengenalan Kepada Ebook

Secara jujurnya, adakah anda tahu apakah yang dipanggil ebook? Bagaimana rupa dan bentuk ebook? Ebook dengan buku tak sama ke? Itulah antara persoalan yang mula ditanya oleh sepupu saya. Masa itu, saya masih belajar di peringkat diploma perakaunan (dan sepupu saya hanya setakat sijil SPM saje!).

Jadi, berabukla jawapan yang saya berikan sampai dia ketawakan saya. Ya! Saya bukan nak buat gimik, apalagi nak temberang…memang dia ketawakan saya!!!

Bila dah dapat master, dah bekerja, sekarang ni tengah nak sambung Ph.D, kalau dikenangkan semua tu, memang malu dan merah muka saya..sebab sepupu saya tu tak belajar tinggi seperti saya!

Ok…saya terpaksa jelaskan kepada anda kerana saya tidak mahu orang lain ketawakan anda sepertimana yang dialami oleh saya. Mendengar sahaja tak guna kerana saya nak pastikan, anda betul-betul tahu, apa sebenarnya makna ebook.

Baiklah, tanpa membuang masa, mari kita teruskan

Sebelum itu, nasihat orang lama-lama memang relevan hingga sekarang…

baik bodoh sekarang dari dipanggil ‘bodoh dan sombong’ sampai bila-bila

APA ITU EBOOK???

Umumnya, ebook tergolong dalam salah satu kategori produk digital. Secara mudahnya, ebook terdiri dari dua gabungan perkataan iaitu “e” dan “book”, dimana:

E = Electronic

B= Book

Bila diterjemah satu per satu ke Bahasa Melayu, ianya bermaksud e-buku, atau “Buku Elektronik”.

Bunyi macam pelik saja…tapi nak buat macam mana kan? Yang penting faham maknanya.

Untuk memudahkan anda, ebook adalah:

  • Data yang “ditulis” pada komputer dengan menggunakan perisian khas.
  • Satu bentuk teks penyampaian bacaan dalam bentuk digital.
  • Terdiri dari pelbagai maklumat (pengetahuan am, koleksi resepi masakan, ilmiah, cerita, hiburan, multimedia dan sebagainya).
  • Boleh dibaca samada menerusi komputer, peranti khas (seperti ebook reader) atau laman web.
  • Umumnya, mempunyai dua kategori utama iaitu ebook percuma ebook berbayar.
  • Bukan dalam bentuk buku konvensional (berkulit keras atau nipis).

Itulah serba sedikit pengertian asas ebook yang mesti anda tahu.

Malah ebook juga boleh ditakrif sebagai produk fizikal, boleh disentuh dan dipegang sekiranya anda mencetak (print) ebook tersebut untuk bacaan anda.

Ebook boleh diperolehi melalui proses muat turun (download) dari sesuatu laman web, atau melalui pemindahan sebarang data dari sesebuah komputer ke disket, cakera disc atau pendrive / thumbdrive. Ebook juga boleh terdapat dalam pelbagai format seperti:

  • “*.doc” atau “*.docx”
  • “*.xls” atau “*.xlsx”
  • “*.txt”
  • “*.html” atau “*.htm”
  • “*.exe”
  • “*.pdf”
  • “*.flv”
  • “*.avi
  • “*.bmp” atau “*.png” (ilustrasi dalam bentuk imej)

Suka Artikel Ini?

Share on facebook
Kongsi di Facebook
Share on twitter
Kongsi di Twitter
Share on linkedin
Kongsi di Linkdin
Share on email
Email pada Kenalan

Leave a comment